MINGGU KE - 10
Pada minggu kesepuluh, untuk kelas SPPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman, kami telah didedahkan untuk melakukan aktiviti pembiakan melalui lenturan (layering). Puan Salina telah memberi penerangan tentang pembiakan melalui lenturan (layering) dan memberi taklimat ringkas mengenai beberapa prosedur berkaitan dengan pembiakan melalui lenturan (layering) .
Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup. Pada masa aktiviti tersebut, kami telah melakukan lenturan udara (tut) / markot. Terdapat empat jenis lenturan :
Pembiakan secara Tut (Markot) boleh dilakukan ketika bahagian-bahagian tumbuhan seperti dahan dan ranting terlekat pada pokok. Terdapat pelbagai teknik pembiakan bagi pengeluaran bahan tanaman seperti buah-buahan yang boleh digunakan. Antaranya ialah teknik sandingan, cantuman mata tunas, cantuman sisi, sulur, akar dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, disebabkan alasan-alasan yang tertentu, bukan semua teknik sesuai bagi pengeluaran benih buah-buahan. Hanya teknik-teknik yang selalu dipraktikkan sahaja sesuai bagai pembiakan benih. Antara yang popular ialah melalui Kaedah Tut.
Teknik ini telah lama dipraktikkan akan tetapi banyak mempunyai kelemahannya seperti merosakkan pokok asalnya. Selain itu, pengeluarannya adalah terhad dan pertumbuhan anak pokok itu tidak menentu. Teknik ini biasanya dilakukan pada tanaman ciku, jambu batu dan limau. Sungguhpun pembiakan secara ini menghasilkan anak pokok buah-buahan yang berbunga atau berbuah lebih cepat, tetapi pengeluarannya yang terhad itu tidak dipraktikkan untuk mengeluarkan anak pokok secara besar-besaran.
Ø Lenturan Udara (Tut)
Lenturan ini merupakan lenturan yang biasa digunakan untuk menghasilkan anak pokok buah-buahan yang berbunga atau berbuah lebih cepat. Selain itu, pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Kebiasaannya, pembiakan ini dilakukan pada pokok-pokok jenis kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau, jambu batu dan ciku.
ü Cara-cara mengetut :
l Sediakan tanah campuran yang sesuai iaitu mempunyai sifat-sifat utama seperti senang untuk dikepal, melekat dan menyimpan air yang secukupnya sepanjang proses pengakaran berlaku.
l Tanah campuran biasa digunakan ialah :-
a. 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik.
b. 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja organik.
c. Peat moss
d. Jiffy Pallet
l Cara memilih dahan yang sesuai :
i. Dahan dipilih daripada pokok yang sihat, segar, dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.
ii. Dahan mestilah daripada jenis kayu yang keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya 1 cm garis pusat.
iii. Dahan yang dipilih sebaik-baiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cahaya matahari yang cukup.
Cara mengetut :
1. Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga menjadi lembap.
2. Pilih dahan yang sesuai iaitu dahan yang mempunyai jenis keratan kayu keras dan buangkan daun-daun serta ranting di bawah kelaran yang akan dibuat.
3. Buatkan kelaran di sekeliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat sekurang-kurangnya 3 cm di bawah dari kelaran pertama.
4. Kupaskan kulit di antara dua kelaran dan kikiskan lapisan kambium sehingga nampak bahagian kayu yang putih. Semua lapisan kambium perlulah dikiks habis supaya dapat mengelakkan lapisan tisu baru muncul pada kawasan kelaran.
5. Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas.
6. Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.
7. Tampalkan tanah yang telah dikepal pada bahagian dahan yang telah dikikis tadi, pastikan tanah itu padat dan melekat dengan baik.
8. Bungkuskan kepalan tanah dengan menggunakan plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya. Pembalutan yang menggunakan plastik lutsinar adalah lebih baik kerana dengan cara ini tanah tut tidak perlu disiram lagi dan akar-akar yang akan keluar mudah dapt dilihat.
9. Apabila akar telah mula keluar, bahagian yang telah ditutkan boleh dipisahkan daripada pokok induk dengan memotong ranting atau dahan pada bahagian bawah tut.
10. Anak pokok kemudian boleh ditanam ke dalam pasu.
GAMBAR- GAMBAR PEMBIAKAN SECARA TUT
Comments
Post a Comment