Minggu Ke - 6
Pada minggu keenam, untuk kelas SPPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman, kami telah menjalani eksperimen amali yang ketiga iaitu Pembuatan Baja Organik Dan Racun Organik di makmal pertanian yang terletak di bangunan N30. Tanah merupakan media penting dalam pertumbuhan pokok. Oleh itu, penggunaan baja dan racun kimia dalam perladangan konvensional telah meningkatkan kandungan garam dalam tanah dan menurunkan pH tanah. Seterusnya, pembajakan yang intensif akan menyebabkan kerosakan struktur tanah. Ini menyebabkan aktiviti mikroorganisma menjadi berkurangan. Teknik pengurusan tanah yang bersistematik akan dapat meningkatkan aktiviti mikroorganisma, cacing dan lain-lain.
Secara teorinya, baja boleh dikatogarikan kepada dua jenis iaitu baja kimia dan baja organik di mana baja organik diperbuat daripada bahan material dari binatang, tumbuhan atau mineral semulajadi. Racun organik pula diperbuat daripada bahan peraman cili api dan bawang putih yang telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Berikut di bawah merupakan eksperimen-eksperimen yang telah dijalani di makmal N30.
Amali Baja Organik
Eksperimen 1
A) FAA ( Fish Amino Acid)
Tajuk : Pembuatan baja organik dengan menggunakan sisa-sisa ikan yang mengandungi asid amino sebagai sumber utama.
Objektif : Menganalisis dan mempelajari tentang pembuatan baja organik dengan menggunakan sisa-sisa ikan yang mengandungi asid amino sebagai sumber utama.
Bahan-bahannya :
a) Gula merah sebanyak 1kg dicairkan dengan 2000ml
b) Isi ikan dan sisa ikan
c) Bekas plastik dan penutupnya
d) Pelekat stiker
e) Landas cincang
f) Pisau
g) Mangkuk / besen
h) Mangkuk / cawan penyukat / bikar

Cara-cara :
i. Sisa dan isi ikan telah dipotong dan dicincang sehingga lumat bagi mempercepatkan proses fermentasi.
ii. Gula merah atau molases telah dicampurkan dengan bahan sisa ikan pada kadar nisbah 1:1 (80 ml) dan campuran itu telah digaul sehingga rata.
iii. Setelah selesai, campuran itu telah dimasukkan ke dalam bekas dan telah dilabelkan dengan tarikh dan bahan yang dibuat pada bekas.
iv. Bekas yang mengandungi campuran telah ditutup dengan penutupnya tetapi tidak tutup dengan terlalu ketat.
v. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman telah dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
vii. Baja ini telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Maka, jus ini dikenali sebagai baja FAA ( Fish Amino Acid ).
Kaedah penggunaan : 1. Jus yang ditapis telah dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
*Nota : Ikan yang sesuai boleh digunakan ialah ikan tenggiri, kembung, sardin dan tongkol.
A) FFJ ( Fermented Fruit Juice )
Tajuk : Pembuatan baja organik dengan menggunakan kulit dan isi buah pisang sebagai sumber utama.
Objektif : Menganalisis dan mempelajari tentang pembuatan baja organik dengan menggunakan kulit dan isi buah pisang sebagai sumber utama.
Bahan-bahannya :
a) Gula merah sebanyak 1 kg dicairkan dengan 2000 ml air
b) Pisang masak, jika boleh gunakan kulit pisang yang telah hitam
c) Bekas plastik dan penutupnya
d) Pelekat stiker
e) Landas cincang
f) Pisau
g) Mangkuk / besen
h) Mangkuk / cawan penyukat / bikar
Cara-cara :
i. Pisang dipotong secara kecil-kecilan bagi mempercepatkan proses fermentasi.
ii. Gula merah atau molases telah dicampurkan dengan sisa potongan buah pisang pada kadar nisbah 1:1 (100 ml) dan campuran itu telah digaul sehingga rata.
iii. Setelah selesai, campuran itu telah dimasukkan ke dalam bekas dan telah dilabelkan dengan tarikh dan bahan yang dibuat pada bekas.
iv. Bekas yang mengandungi campuran telah ditutup dengan penutupnya tetapi tidak tutup dengan terlalu ketat.
v. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman telah dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
vi. Baja ini telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Maka, jus ini dikenali sebagai baja FFJ ( Fermented Fruit Juice).
Kaedah Penggunaan :
1. Jus yang ditapis telah dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
*Nota : Gunakan buah-buahan yang masak dan manis seperti cuku, pisang dan betik.
A) Kulit telur (Ca p)
Tajuk : Pembuatan baja organik dengan menggunakan kulit telur sebagai sumber utama.
Objektif : Menganalisis dan mempelajari tentang pembuatan baja organik dengan menggunakan kulit telur sebagai sumber utama.
Bahan-bahannya :
a) Kulit telur yang dibasuh kemudian dikeringkan dalam oven selama 5 minit.
b) Cuka masak
c) Bekas plastik dan penutupnya
d) Pelekat stiker
e) Mangkuk / cawan penyukat / bikar
f) Sulung batu
Cara-cara :
i. Kulit telur telah dihancurkan dengan menggunakan sulung batu bagi mempercepatkan proses fermentasi. Kemudian, hasil kulit telur yang hancur telah disukat.
ii. Hancuran kulit telur telah dicampurkan dengan cuka mengikut nisbah 1:10 (1 sudu besar).
iii. Setelah selesai, campuran itu telah dimasukkan ke dalam bekas dan telah dilabelkan dengan tarikh dan bahan yang dibuat pada bekas.
iv. Bekas yang mengandungi campuran telah ditutup dengan penutupnya tetapi tidak tutup dengan terlalu ketat.
v. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman telah dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
vi. Baja ini telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Maka, jus ini dikenali sebagai baja yang diperbuat daripada kulit telur (Ca p) iaitu mengandungi elemen calcium phosphate.
Kehadiran Bau :
- Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik, masam.
A) FPJ (Fermented Plant Juice)
Tajuk : Pembuatan baja organik dengan menggunakan sayur-sayuran sebagai sumber utama.
Objektif : Menganalisis dan mempelajari tentang pembuatan baja organik dengan menggunakan sayur-sayuran sebagai sumber utama.
Bahan-bahannya :
a) Gula merah sebanyak 1 kg dicairkan dengan 2000 ml air
b) Sisa sayuran berdaun hijau
c) Bekas plastik dan penutupnya
d) Pelekat stiker
e) Landas cincang
f) Pisau
g) Mangkuk / besen
h) Mangkuk / cawan penyukat / bikar
Cara-cara :
a) Sisa sayuran telah dipotong secara kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
ii) Gula merah atau molases telah dicampurkan dengan sisa potongan sayur-sayuran pada kadar nisbah 1:1 (100 ml) dan campuran itu telah digaul sehingga rata.
iii) Setelah selesai, campuran itu telah dimasukkan ke dalam bekas dan telah dilabelkan dengan tarikh dan bahan yang dibuat pada bekas.
iv) Bekas yang mengandungi campuran telah ditutup dengan penutupnya tetapi tidak tutup dengan terlalu ketat.
v) Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman telah dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
vi) Baja ini telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Maka, jus ini dikenali sebagai baja FPJ (Fermented Plant Juice).
Kaedah Penggunaan :
1. Jus yang ditapis telah dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
Pemerhatian :
ANALISIS
1. Mengapakah botol / bekas perlu ditutup?
- Supaya agen perosak seperti lalat atau serangga dapat dielakkan daripada memasuki ke dalam baja organik dan merosakkan campuran baja organik dengan menghasilkan telur dalam baja organik.
2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam
(a) FAA: Nitrogen
(b) FPJ: Kalium
(c) FFJ: Nitrogen
(d) CaP: Phosphorus
3. Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik.
- Antara sebab gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik adalah gula merah berupaya untuk memerah keluar semua nutrien dan khasiat yang ada pada bahan yang telah diperam. Selain itu, gula merah dapat membantu proses pembiakan bakteria (aktif) dengan menjadi sumber tenaga kepada bakteria yang terdapat dalam bahan peraman.
4. Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
- Pemeraman baja organik yang diperbuat daripada sisa-sisa ikan iaitu FAA (Fish Amino Acid) menghasilkan perubahan bau masam paling awal dalam tempoh 3 hari. Beberapa hari kemudian, iaitu hari ketujuh baja organik telah menunjukkan perubahan yang ketara iaitu permukaan baja tersebut telah diliputi dengan kulat. Ini mungkin disebabkan oleh lalat atau serangga perosak telah menghinggap dan menghasilkan ulat sebagai agen bakteria dalam baja organik.
5. Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
- Pemeraman baja organik yang diperbuat daripada kulit dan isi buah pisang telah menunjukkan perubahan warna yang paling cepat dalam tempoh dua hari.
6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman CaP
- Cuka digunakan dalam pemeraman CaP kerana cuka bertindak sebagai elektrolit bagi membantu proses penguraian kulit telur kepada kalsium (CaCO3 --> Ca+)
7. Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
-Biji benih epal mengandungi arsenik. Oleh itu, jika buah epal digunakan bagi membuat baja FFJ, maka arsenik yang terkandung dalam buah epal boleh bercampur dalam baja tersebut dan seterusnya meracuni keseluruhan pokok tersebut.
8. Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
- Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA kerana berbanding ikan air tawar, ikan air laut mengandungi kandungan asid amino (amino acid) dan asid lelemak (fatty acid) yang lebih tinggi di mana hasil fermentasi ini boleh digunakan sebagai penghalau serangga.
9. Adakah proses penampaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
- Tidak semestinya kerana bakteria mendapatkan tenaga yang diperlukan daripada campuran gula merah serta sinaran cahaya matahari juga akan membunuh bakteria dan menganggu proses penapaian tersebut.
10. Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.
Secara kesimpulannya, keputusan yang diperoleh daripada keempat-empat baja organik dapat mencapai objektif yang diingini dan kehasilan baja organik ini dapat digunakan untuk menyuburkan tanaman sayuran di batas sayur. Tujuan utama pembuatan baja organik adalah untuk memberi atau memberikan keadaan yang sesuai bagi pertumbuhan tanaman yang diusahakan seperti penggunaan baja yang sesuai, mengurangkan pertumbuhan serangga perosak secara mekanikal, kultura dan sebagainya.
Tambahan pula, baja organik boleh dijadikan sebagai satu langkah alternatif bagi menghasilkan produk organik yang selamat kepada pengguna, mesra alam, mudah dipraktikkan, menjimatkan kos dan memberikan pulangan yang maksima.
Amali Racun Organik
Eksperimen 2
Tajuk : Pembuatan racun organik dengan menggunakan bawang putih dan cili padi sebagai sumber utama.
Objektif : Menganalisis dan mempelajari tentang pembuatan racun organik dengan menggunakan bawang putih dan cili padi sebagai sumber utama.
Bahan dan peralatan :
a) Bawang putih
b) Cili padi
c) Minyak masak
d) Sabun pencuci
e) Bekas plastik dan Penutupnya
f) Air hujan
g) Landas cincang
h) Pisau
Bahan A :
- Bawang putih - 1 labu
- Air hujan - 300 ml (satu cawan biasa)
- Cili padi - 6 biji
Cara-cara :
1. Bawang putih dan cili padi telah dipotong secara kecil-kecilan bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Setelah selesai proses memotong bahan A, kedua-dua bahan tersebut telah dimasukkan ke dalam bekas plastik yang mengandungi air hujan.
3. Bekas plastik telah dilabelkan dengan tarikh dan nama bahan yang telah di buat pada bekas.
4. Bekas yang mengandungi campuran telah ditutup dengan penutupnya tetapi tidak tutup dengan terlalu ketat.
5. Dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari, bahan peraman telah dikacau untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
6. Baja ini telah disiap dalam jangka masa 2 minggu dan jusnya telah ditapis. Maka, jus ini dikenali sebagai baja racun organik yang diperbuat daripada bawang putih dan cili padi.
Bahan B :
- Minyak masak (apa-apa jenis minyak masak pun boleh) - 1 sudu makan
- Sabun pencuci pinggan (tak kisah jenama apa pun) - 1 sudu teh
Alat :
- Penapis
- Botol Penyembur (1.5 L)
Cara :
1. Bahan A telah ditapis dan patinya telah diambilnya. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
2. Pati telah disimpan di dalam bekas dan telah dimasukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.
3. 100 ml pati dan bahan B telah dimasukkan ke dalam penyembur.
4. Botol penyembur (1.5 L) telah diisi air dengan penuh.
5. Campuran itu telah digoncangkan sehingga bahan menjadi sebati.
6. Setelah selesai, daun terutama bahagian bawah daun telah disembur sampai basah dengan kadar tiga hari sekali pada pokok yang bermasalah.
Pemerhatian :
1. Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan kita.
- Jus yang ditapis daripada pembuatan racun organik menunjukkan perubahan warna yang tidak begitu ketara iaitu airnya kelihatan kekuningan dan baunya pula mengeluarkan bau yang sangat kuat seperti bau tengik sehingga seluruh kawasan merebak secara cepat.
Analisis :
1. Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik.
- Air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik kerana air hujan tidak mengandungi bahan-bahan kimia seperti fluorida, “heavy metals” atau plumbum yang wujud dalam air paip yang mana bahan-bahan kimia ini boleh menganggu komposisi racun tersebut.
2. Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan
(a) Bawang putih
- Bahan lain yang boleh digantikan dengan bawang putih ialah cengkih.
(b) Cili padi
- Bahan lain yang boleh digantikan dengan cili padi ialah daun semambu.
3. Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan.
(a) Minyak masak
- Bagi menyembuhkan penyakit kulat.
(b) Sabun pencuci
- Bagi membantu air hujan dan minyak masak bersebatian serta untuk menghalau serangga.
4. Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga.
- Antara langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga ialah kita haruslah berhati-hati supaya tidak terkena racun serangga pada mata serta kawal kuantiti semburan supaya tidak terlalu banyak disembur kepada pokok.
5. Kesimpulan dan perbincangan.
Secara kesimpulannya, kegunaan racun organik dapat memberi manfaat dari segi pembuangan dan pemusnahan sisa-sisa tanaman, menyuburkan bahagian berpenyakit tumbuhan dan membantu menghapuskan pokok-pokok penumpang liar iaitu lebih dikenali sebagai (wild host plants).
Perkara yang perlu memberi fokus adalah pengunaan racun organik haruslah dalam kuantiti yang terkawal supaya tanaman di batas dapat menerima tindak balas kimia dengan baik dan tepat.
Comments
Post a Comment