MINGGU KE - 12
Minggu ke - 12
Pada minggu kedua belas, untuk kelas SPPL 1212
Pembiakan dan Pengurusan Tanaman, kami telah menjalani eksperimen amali yang keempat yang terakhir
iaitu kami telah menjalani proses fisiologi berkenaan dengan kajian Fotosintesis
di makmal pertanian yang terletak di bangunan N30.
Fotosintesis
ialah proses yang dilakukan oleh tumbuhan hijau untuk menghasilkan makanan (dalam
bentuk glukosa) dan oksigen dengan menggunakan karbon dioksida, air dan
cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan melepaskan oksigen sebagai bahan buangan
semasa melakukan proses ini. Proses fotosintesis berlaku disebabkan oleh pigmen
yang paling penting iaitu dinamakan sebagai klorofil.
Berikut
di bawah merupakan laporan ataupun kajian tentang pengendalian proses fotosintesis
yang telah dijalani di makmal N30.
EKSPERIMEN
1
Tujuan : Untuk menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan / dedaun hijau.
Radas Dan Bahan :a. Daun pokok warna hijau
b. Alkohol
c. Iodin
d. Air mendidih
e. Hot plate
f. Piring petri
g. Penitis
h. Bikar 500 ml
i. Bekas air mendidih
Kaedah :
1. Dedaun telah dipetik daripada tumbuhan yang telah
disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun telah diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi
dengan air didih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.
3. Sedikit alkohol telah dituangkan ke dalam bikar 500
ml. Bekas bikar alkohol telah dibiarkan dalam keadaan terendam dalam air panas.
4. Kemudian, daun telah direndamkan selama 5 minit dalam
larutan alkohol.
5. Selepas itu, daun telah dialih keluar daripada alkohol
selepas kira-kira 5 minit dan sentiasa diperiksa sama ada daun tersebut telah
dinyahwarnakan.
6. Seterusnya, alkohol telah melarutkan klorofil tetapi
tidak melarutkan kanji.
7. Daun tersebut dicelup ke dalam air panas selama 30
saat untuk melembutkannya semula.
8. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan
dititiskan beberapa titik larutan iodin.




Pemerhatian
Direkodkan :
a) Warna asal iodin.
- Warna asal
iodin ialah kuning-kuningan.
b) Warna daun sebelum ujikaji.
- Warna daun sebelum ujikaji ialah hijau.
a) Warna daun setelah diletakkan iodin.
- Warna daun setelah diletakkan iodin ialah daun telah
bertukar warna kepada hijau keperangan dan timbulnya bertompok-tompok hitam di
atas lapisan permukaan daun.

Analisis :
1) Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan
terus kepada api.
- Ini kerana
larutan alkohol merupakan bahan mudah terbakar iaitu lebih dikenali sebagai
agen “flammable”. Jadi, sebarang larutan alkohol tidak boleh
dipanaskan terus kepada api.
2) Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan
- Antara
kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhannya ialah fotosintesis dapat
membekalkan makanan kepada semua organisma. Selain itu, proses fotosintesis
terlibat secara langsung dalam kitar karbon dioksida dan kitar oksigen yang
membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
Penerangan
tentang Kitar Karbon Dioksida :
Kitar karbon
adalah kitar yang mengekalkan kandungan karbon dioksida dalam udara dengan
mengambil karbon dioksida daripada udara dan mengembalikannya semula ke udara
secara berterusan.
3) Apakah tujuan
- Merebus daun :
- Daun hijau telah direbus selama 1 minit dalam air
mendidih bertujuan untuk melembutkan dan memecahkan dinding sel daun (cell
wall) serta kloroplas (chloroplast) bagi pembebasan
klorofil dan kanji.
- Mendidihkan
daun dalam alkohol :
- Daun yang menjadi lembut telah dimasukkan ke dalam
tabung uji yang berisi alkohol dan kemudian direndam dalam bekas air mendidih
bertujuan untuk melarutkan dan menghilangkan sebarang bentuk kehadiran klorofil
yang terkandung dalam daun.
4) Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses
fotosintesis.
- Antara faktor yang diperlukan dalam proses
fotosintesis ialah cahaya matahari, klorofil, air dan karbon dioksida.
5) Tuliskan persamaan fotosintesis.
Karbon dioksida
+ cahaya matahari + air → glukosa (gula) + oksigen
(6) CO2 + (6) H2O →
C (6) H (12) O (6) + (6) O2
6) Apakah itu klorofil. Apakah kegunaan klorofil kepada
tumbuhan.
- Klorofil
merupakan sejenis pigmen hijau yang wujud dalam kloroplas. Klorofil ini penting
bagi tumbuhan kerana pertamanya, ia memberi warna hijau kepada dedaun tersebut
di mana dengan ini, tumbuhan tersebut dapat memanfaatkan cahaya merah dan biru
yang terdapat dalam sinaran matahari secara maksima dalam proses fotosintesis
dan keduanya, klorofil ini juga menukarkan sinaran tersebut sebagai pemangkin
dan tenaga melalui gula atau glukosa dalam proses fotosintesis tersebut bagi
menghasilkan makanan dalam bentuk kanji.
7) Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
- Tumbuhan
merupakan aset yang paling penting dalam kehidupan manusia kerana melalui
tumbuhan, manusia memperoleh banyak kegunaan yang utama seperti bekalan oksigen
untuk sistem pernafasan , tumbuhan menjadi keperluan asas yang utama dalam
kehidupan iaitu sebagai sumber makanan dan sumber alam seperti pokok bertindak
sebagai tempat berteduh untuk umat manusia. Serta tumbuhan juga dapat
menyumbang kepada kesihatan kita melalui herba-herba seperti tongkat ali atau
pokok misai kucing, dan membekalkan kayu balak bagi tujuan pembinaan mahupun
sebagai sumber pendapatan negara. Secara tidak langsung, tumbuh-tumbuhan memang
memainkan peranan yang dominan dalam melestarikan alam persekitaran kita.
Comments
Post a Comment