MINGGU 14 - GOTONG-ROYONG / PEMBERSIHAN LADANG
Pada minggu ke 14, kelas kami iaitu SPPH 1 telah bergabung dengan kelas SPPH 2 menjalankan aktiviti pembersihan ladang. Aktiviti pembersihan ladang bermula pada pukul 8 pagi dan dimulakan dengan kata-kata aluan dari Puan Salina. Kami diserahkan kepada Encik Faris dan Encik Abang bagi tugasan-tugasan seterusnya. Kami bekerjasama membersihkan kawasan ladang dan dari tempat pengajaran dan pembelajaran, stor, dan tempat penanaman pokok-pokok bunga. Akhir sekali, Encik Faris, Pn Salina dan Encik Abang telah memberi kata-kata semangat dan pesanan kepada kami semua. Terima kasih diucapkan kepada pensyarah kami iaitu Dr Husna dan para pengajar kerana memberi tunjuk ajar yang sangat baik dan ilmu baru kepada kami sepanjang kelas semester 1 ini.