MINGGU 13 - PEMBERSIHAN BATAS
Pada minggu ke-13 iaitu pada 05
Disember 2018 (Rabu). Kami diberi tugasan untuk menjalankan aktiviti
pembersihan batas. Kami telah menjalankan beberapa langkah
pembersihan.Antaranya :
1. Kami membuang kayu
dan batu yang menjadi pembahagi bagi setiap bata.
2. Kumpulan 11 telah menggunakan batu bata disekeliling batas, jadi kami mengangkat batu bata tersebut dengan menggunakan kereta sorong.
3. Bagi kumpulan 12
pula telah menggunakan kayu. Oleh itu, kami telah membuka kayu tersebut dengan berhati-hati agar tidak patah supaya boleh digunakan lagi pada masa akan
datang.
4. Setelah mencabut
kayu tersebut satu persatu, kami telah membasuhnya dengan menggunakan water-jet agar kotorannya hilang.
Kemudian menjemurnya sehingga kering.
5. Kemudian, kami
telah mencabut rumput dan mengutip sampah disekeliling batas. Kami masih merumpai kerana masih terdapat tumbuhan jagung yang hidup.
6. Setelah selesai, kami dibenarkan pulang.
Comments
Post a Comment