Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kami pelajar tahun satu Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Husna kerana memberi peluang kepada kami untuk membuat laporan menggunakan Blogspot.com sebagai sebuah platform perkongsian tentang aktiviti pertanian kepada pelajar. Kumpulan kami dianggotai oleh :

                                            1. Farah Ayumira bt Azami (BATAS 11)
                                            2. Kalaivani a/p Gurunathan (BATAS 11)
                                            3. Huda Amani bt Huzaini (BATAS 12)
                                            4. Syakirah Nabihah bt Subiyri @ Subari (BATAS 12)

Pada minggu pertama, kami diberi penerangan awal mengenai SPPL1212 oleh Pn. Salina dan pensyarah kami Dr. Nur Husna. Penerangan ini mengenai peraturan semasa berada di kawasan ladang serta mengenai subjek yang baru bagi kami iaitu pembiakan dan pengurusan tanaman. 


Kemudian, Pn. Salina turut memperkenalkan kami kepada pembantu-pembantu yang berkhidmat di ladang fakulti pendidikan. Ladang ini berada di hadapan Dusun UTM.
Kami diserahkan kepada Encik Faris dan abang. Mereka memberi penerangan tentang cara menguruskan ladang dan kerja-kerja yang perlu dilakukan untuk projek penanaman sayur.

Kami dibahagikan kepada 15 kumpulan. Setiap kumpulan dianggotai oleh 2 orang pelajar. Kawasan tersebut berukuran 12 kaki panjang dan 5 kaki lebar. Jarak setiap batas pula adalah 2 kaki lebar.






Selepas itu, kami membuang rumput-rumput yang masih menghijau. Ia agak mencabar bagi kami kerana kawasan yang kami peroleh belum pernah digunakan untuk aktiviti penanaman.
Maka, bermulalah tugas pertama kami iaitu membuat batas. Selama tiga petang berturut-turut kami berada di ladang bagi memastikan tanah batas kami digembur dengan baik. Proses penggemburan ini bertujuan untuk memastikan kesuburan tanah dan nutrisi di dalam tanah dapat dikekalkan.





Proses menggembur tanah menggunakan mesin Mini Tiller


Papan digunakan untuk menandakan kawasan batas






Comments

Popular Posts