MINGGU 3 - EKSPERIMEN MENGUJI TANAH (BATAS 12)
Pada minggu ini, kami telah menjalankan 3 eksperimen bagi menguji tanah.
Eksperimen 1
Tajuk: Menentukan
tekstur tanah melalui cara medan
Bahan dan peralatan:
Sampel tanah dan air
LANGKAH-LANGKAH:
1. Lebih kurang 20 g sampel tanah diambil (atau
tanah yang boleh membentuk bebola dengan diameter 2-3 cm).
2. Sampel dilembatkan dengan sedikit air untuk
dibentuk.
3. Tanah dibentukkan menjadi bentuk bebola, rod
berbentuk-U, rod dan gelang.
PEMERHATIAN:
Bebola dapat dibentuk
(pasir berloam)
Rod dapat dibentuk
(tanah loam)
Gelang yang
retak-retak (tanah liat berpasir)
KESIMPULAN:
Warna sampel tanah
ialah coklat. Tekstur tanah ialah tanah loam liat berpasir.
PENILAIAN:
a) Adakah kaedah ini tepat?
Kaedah ini adalah kurang tepat.
b) Mengapa kaedah ini digunakan?
Kaedah ini digunakan adalah kerana mudah dan cepat.
Ketinggian keseluruhan pisahan: 2 cm
Ketinggian semua lapisan (cm) Peratus pisahan= ______________________________ x 100
Eksperimen 2
Tajuk: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
Bahan : Sampel tanah
Alatan: Balang gas
LANGKAH-LANGKAH:
1. 50 g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.
2. Air diisi ke dalam balang gas sehingga ¾ penuh.
3. Mulut balang gas ditutup dan campuran digoncangkan perlahan-lahan sehingga kumin tanah berpisah.
4. Balang gas diletakan di atas meja semalaman (24jam).
5. Ketinggian setiap pisahan tanah diukur dan dicatat di dalam jadual.
6. Peratusan pisahan tanah dihitung.
7. Kelas Tekstur Tanah ditentukan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterbag.
KEPUTUSAN:
Ketinggian lapisan pisahan(cm)
|
Ketinggian keseluruhan pisahan: 2 cm
PISAHAN
|
KETINGGIAN (cm)
|
PERATUS
|
Pasir
|
1.5
|
75%
|
Kelodak
|
0.1
|
5%
|
Tanah Liat
|
0.4
|
20%
|
KESIMPULAN:
Sampel tanah adalah diantara lempung berpasir dan lempung liat berpasir.
PENILAIAN :
Eksperimen 3
a) Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
- Kaedah ini adalah lebih tepat, kerana dapat menentukan peratus tanah liat, pasir, dan kelodak di dalam setiap sampel tanah bagi menentukan teksturnya.
b) Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
- Ralat yang mungkin berlaku adalah masa yang tidak mencukupi 24jam.
- Ralat yang kedua ialah permukaan meja yang tidak rata.
- Ralat yang ketiga ialah semasa menggoncang, goncangan tidak betul (perlahan) yang menyebabkan tidak kesemua kumin-kumin tanah berpisah.
Eksperimen 3
Tajuk: Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah
Bahan: Sampel-sampel tanah, air suling
Alatan: Corong turas, bikar, gentian kaca
LANGKAH-LANGKAH:
1. Sampel-sampel tanah dikeringkan selama 2-3 hari.
2. Radas disusun dan sampel-sampel tanah diisi ke dalam corong turas ¾ penuh.
3. 50 ml air suling disukat dengan menggunakan silinder penyukat dan diisi ke dalam bikar 100ml.
4. Air dituang ke dalam setiap radas dan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar ditentukan dalam tempoh 5 minit.
5. Keputusan dan pemerhatian dicatat di dalam jadual.
KEPUTUSAN:
SAMPEL TANAH(BATAS)
|
ISIPADU AIR SELEPAS 5 MINIT ( ml )
|
PEMERHATIAN (ph)
| ||
1
|
43
|
| ||
2
|
41
|
| ||
3
|
44
|
| ||
4
|
44
|
| ||
5
|
28
|
| ||
6
|
46
|
| ||
7
|
43
|
| ||
8
|
44
|
| ||
9
|
39
|
| ||
10
|
42
|
| ||
11
|
50
|
| ||
12
|
48
|
| ||
13
|
39
|
| ||
14
|
41
|
| ||
15
|
38
|
|
KESIMPULAN:
Isipadu air yang banyak selepas turasan selama 5 minit menunjukan bahawa sampel tanah kurang menyerap air. Purata ph sampel tanah setiap batas adalah dalam lingkungan ( 5.5 - 7 )ph.
PENILAIAN:
a) Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
- Kertas turas tidak sesuai digunakan kerana liangnya terlalu kecil dan boleh menyebabkan pengaliran air dari sampel tanah terhalang.
b) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
- Batas 11
c) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
- Batas 5
d) Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik?
- Batas 9,13 dan 15
e) Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman,tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebab.
- Tanah loam, kerana mempunyai peratus pasir,tanah liat dan kelodak yang sesuai untuk tanaman, dan mempunyai saliran yang baik .
Comments
Post a Comment