LAPORAN AMALI KEDUA TENTANG PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN
EKSPERIMEN 2
Tajuk : Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan
Pengenalan : Tanah mempunyai lapisan yang berbeza dari segi ketebalan dan warna yang dipengaruhi oleh iklim, topografi, bahan induk, tumbuhan asal dan masa.Susunan kumin-kumin tanah seperti pasir, kelodak dan liat dalam lapisan yang tertentu mengambarkan keadaan struktur tanah yang berbeza.
Objektif :1) Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah mendapan seperti yang telah dijalankan di kelas amali
2) Mengenalpasti cara menggunakan atau membaca segi tiga tekstur tanah dengan betul dan tepat.
Bahan dan Alat : Sampel tanah, air dan balang gas
Langkah-langkah : 1. Masukkan 40g hingga 50g tanah ke dalam balang gas.
2. Isikan air ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh .
3. Tutup mulut balang gas dengan penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah berpisah.
4. Letakkan balang gas di atas meja semalaman (24 jam) tanpa gangguan.
5. Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
6. Hitungkan peratusan pisahan tanah.
7. Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah Sistem Atterberg.


8. Gambar rajah di atas menunjukkan tekstur tanah melalui cara mendapan.
Keputusan : Ketinggian keseluruhan pisahan 2.4 cm.
PISAHAN
|
KETINGIAAN(CM)
|
PERATUS %
|
(a) Pasir
|
1.5
|
62.5
|
(b) Kelodak
|
0.3
|
12.5
|
(c) Tanah liat
|
0.6
|
25.0
|
(a) Peratusan pasir, kelodak dan liat yang telah ditentukan dalam makmal melalui kaedah pemendapan digunakan untuk menentukan kelas tekstur tanah dengan merujuk carta segi tiga tekstur tanah (Soil Tekstur Triangle).
Kesimpulan : Secara am, sampel tanah batas yang telah diuji dengan kaedah mendapan dan apabila membuat kesimpulan dengan merujuk kepada carta segi tiga tekstur tanah (Soil Tekstur Triangle), tanah batas 11 telah diklasifikasikan sebagai limbah tanah liat pasir (sandy clay loam). Jadi, jenis tanah ini boleh dikatakan sebagai jenis tanah yang bagus dan berkualiti.
Penilaian :
Jawapan : Ya, kaedah mendapan ini lebih tepat daripada kaedah medan kerana kaedah ini menunjukkan pecahan ataupun pisahan lapisan kumin tekstur tanah secara lebih tepat dan terperinci. Walaupun kaedah ini mengambil jangka masa yang sedikit lama berbanding dengan kaedah medan, tetapi keputusan yang dapat menunjukkan lebih jelas dan terperinci.
(b) Soalan : Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
Jawapan : Antara ralat yang mungkin wujud ialah semasa melakukan proses mengoncang balang gas yang diisi dengan sampel batas tanah dan air suling, kemungkinan tidak digoncang dengan begitu baik dan betul. Disebabkan itu, kumin tanah tidak dapat berpisah dengan kelihatan yang tidak begitu jelas dan keputusan yang akan dapat tidak akan tepat.
Comments
Post a Comment