LAPORAN AMALI KETIGA TENTANG PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

EKSPERIMEN 3 

Tajuk : Membandingkan kadar pengaliran air menerusi tanah batas.

Pengenalan : Setiap tanah mempunyai kadar PH tanah yang berbeza mengikut tahap keasidan atau kealkalian sesuatu tanah.
  
Objektif : Menguji kadar PH tanah dari batas yang berlainan. 

Bahan dan Alat : Sampel tanah batas, air suling, dan gentian kaca.

Radas : Dua jenis PH meter iaitu digital dan manual.

Langkah-langkah : 1. Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan                                          sampel tanah di atas kertas bersih di satu      sudut makmal.
2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah. Langkah Keselamatan : Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
3. Sukat sampel tanah batas 50ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100ml.
4. Dalam masa yang sama, tuangkan 50ml air suling ke dalam radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250ml dalam masa 5 minit.
5. Gambar rajah di bawah menunjukkan cara perbandingan kadar pengaliran air menerusi tanah batas.


 

 



    
    

6. Catatkan keputusan dan pemerhatian ke dalam jadual seperti yang berikut.

Keputusan :
SAMPEL TANAH SETIAP BATAS
ISI PADU AIR SELEPAS 1 MINIT
PEMERHATIAN
(PH TANAH BATAS)
MANUAL
DIGITAL
BATAS 1
42
6.15
6.94
BATAS 2
41
6.20
6.69
BATAS 3
41
6.41
6.41
BATAS 4
44
6.40
6.49
BATAS 5
28
6.22
6.26
BATAS 6
42
6.11
6.02
BATAS 7
43
5.40
6.42
BATAS 8
44
6.20
7.04
BATAS 9
39
6.00
5.65
BATAS 10
42
5.90
5.95
BATAS 11
50
6.60
6.14
BATAS 12
48
6.60
6.75
BATAS 13
39
6.30
6.49
BATAS 14
41
5.94
8.51
BATAS 15
38
6.23
6.16

KESIMPULAN: Secara am, apa yang dapat disimpulkan daripada jadual berikut adalah dari segi PH tanah yang diuji, keputusan yang diperoleh ialah kebanyakkan PH tanah daripada setiap sampel tanah batas menunjukkan kadar PH tanah yang agak baik kecuali sampel tanah batas 14. Semua nilai tersebut di antara kadar PH 5.5 hingga 7.0 dan ini membuktikan bahawa kebanyakkan PH tanah batas adalah yang berkualiti dan dalam keadaan yang baik . Selain itu, kebanyakkan sampel tanah batas setiap orang mempunyai kadar pengaliran air menerusi tanah yang agak lancar dan baik.     



PENILAIAN: 
(a) Soalan : Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
Jawapan  : Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah di dalam corong turas kerana liangnya terlalu halus dan akan  menyekat aliran air dari sampel tanah.

(b) Soalan : Sampel tanah batas yang manakah membenarkan air mengalir  paling banyak?
Jawapan : Sampel tanah batas 11 yang membenarkan air mengalir paling banyak iaitu merekod sebanyak 50ml kerana tanah tersebut mungkin merupakan tekstur tanah berpasir dan disebabkan itu air mengalir dengan cepat dan lancar.


(c) Soalan : Sampel tanah batas yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat?
Jawapan : Sampel tanah batas 5 yang membenarkan air mengalir paling lambat iaitu merekod sebanyak 28ml kerana tanah tersebut mungkin merupakan tekstur tanah liat dan disebabkan itu air menerusi tanah mengalir dengan lambat.


(d) Soalan : Sampel tanah batas yang manakah mempunyai saliran paling baik? 
Jawapan : Sampel tanah batas 11 yang mempunyai saliran paling baik. Ini dapat menilai struktur tanah yang baik dan membuktikan dua elemen yang penting iaitu pengudaraan tanah dan daya tahan tanah. Rongga antara agregat membenarkan udara dan air meresap dengan baik menjadikan air tidak bertakung dan akar mendapat oksigen cukup.

(e) Soalan : Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya.
Jawapan : Sekiranya saya ingin memilih tanah untuk tanaman, saya akan memilih jenis tanah loam. Antara sebab yang munasabah ialah jenis tanah ini mempunyai peratus kandungan kumin-kumin yang tepat dan sesuai iaitu 40 peratus pasir, 40 peratus kelodak dan 20 peratus tanah liat. Tambahan pula, jenis tanah loam dapat menyerap air dengan baik tetapi cepat kering dan tanah jenis ini mempunyai daya pengudaraan yang baik iaitu partikel-partikel tanah ini bebas bergerak di antara satu sama lain hingga ke akar tanaman dan dapat membekalkan oksigen yang cukup kepada akar tumbuhan.  

Comments

Popular Posts