LAPORAN AMALI TENTANG PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN.

Kami iaitu Kalaivani a/p Gurunathan dan Farah Ayumira binti Azami mewakili batas no. 11 ingin membentangkan laporan amali kita di sini yang telah dijalankan 3 jenis eksperimen pada hari rabu dan tarikhnya ialah 26/09/18. Kami telah menggunakan sampel tanah daripada batas kita untuk menjalankan ketiga-tiga eksperimen itu dengan lancar.

EKSPERIMEN 1
Tajuk : Menentukan tekstur tanah melalui cara medan

Pengenalan : Tekstur tanah merupakan peratus kandungan kumin-kumin    pasir, kelodak dan liat atau sifat kasar dan halusnya sesuatu    tanah.

Objektif : Menentukan tekstur tanah dengan menggunakan kaedah   medan seperti yang telah dijalankan di kelas amali.



Bahan & Alat : Sampel tanah dan air.  

Langkah-langkah : 1. Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 - 3 cm).
2. Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk
3. Bentukkan tanah tersebut menjadi bentuk bebola, reben, rod, atau gelang.    
4. Gambar rajah di atas menunjukkan tekstur tanah melalui cara medan.

Pemerhatian : 1. Rod dapat dibentuk dengan mudah apabila air ditambah sedikit demi sedikit. Jadi, tanah tersebut dikategorikan sebagai tanah loam.

2. Bebola dapat dibentuk dengan mudah apabila air ditambah sedikit demi sedikit.  Jadi, tanah tersebut dikategorikan sebagai tanah pasir berloam.

3. Gelang dapat dibentuk apabila air ditambah sedikit demi sedikit. Jadi, tanah tersebut dikategorikan sebagai tanah liat.

Kesimpulan    : Secara am, tekstur tanah merupakan perbandingan di antara butir-butir pasir, debu dan liat. Jadi, kepentingan tekstur tanah menekankan tiga aspek yang utama iaitu penyaliran, pengudaraan, dan penyerapan nutrien. Dengan adanya, ketiga-tiga elemen yang dinyatakan maka tekstur tanah merupakan tanah yang berkualiti dan sihat.

Penilaian        : 
(a) Soalan : Adakah kaedah ini tepat?
Jawapan : Kaedah ini bukannya tepat sangat tetapi boleh digunakan untuk diklasifikasikan sebagai tekstur tanah yang berkualiti ataupun tidak.

(b) Soalan  : Mengapakah kaedah ini digunakan?
Jawapan : Antara sebab kaedah ini digunakan kerana kaedah ini mudah dan senang untuk membuat serta tidak mengambil jangka masa yang lama untuk menentukan tekstur tanah yang baik dan berkualiti.




Comments

Popular Posts