Minggu ke 2


Pada minggu ini, Puan Salina dan Encik Faris telah menerangkan mengenai penanaman biji benih.

Waktu pembajaan yang sesuai adalah waktu pagi. 2 jam sebelum waktu siraman atau hujan. Hal ini bagi mengelakkan baja-baja ini dibawa serapan air. Satu bekas baja perlu ditabur di atas batas. Aktiviti lavelling iaitu meratakan tanah bersama baja . Biarkan baja diserap oleh tanah.

CARA MERATAKAN BATAS


1.      Tanah  digembur bersama baja dengan menggunakan cangkul.


Baja yang digunakan bertujuan menyuburkan tanah
b

2.   Satu papan digunakan bagi meratakan permukaan batas atau lebih dikenali sebagai aktiviti  lavelling. Tanah yang sudah diratakan harus dielak dari ditekan agar pemendapan tidak berlaku.

3.   Rumpai-rumpai perlu dicabut. Rumpai yang tidak dicabut akan kembali tumbuh kerana akar-akar masih didalam tanah.

4.   Permukaan batas harus dipastikan agar rata sebelum penanaman . Lekuk-lekuk di batas akan menyebabkan air hujan bertakung dan menyebabkan anak pokok mati lemas. Akar juga akan mereput.

CARA MENANAM BIJI BENIH

1.        Penanaman biji benih boleh dilakukan menggunakan kaedah tanaman  alur ataupun poket.  
          Bagi aktiviti ini, kaedah tanaman secara alur telah dipilih.
1.         Biji benih mempunyai pelbagai jenis dan saiz. 





1.       Selepas biji benih diberikan kepada kami, aktiviti membina penjarangan. Penjarangan ialah   
        jarak antara pokok yang sesuai. Kaedah ini dilakukan bagi mengelakkan persaingan antara   
        pokok. Ini kerana, berlaku persaingan ruang, makanan, mendapatkan cahaya matahari bagi        melakukan fotosintesis.



2.       Bagi melakukan penjarangan kaedah mencampurkan biji benih dan pasir. Nisbah yang   
        digunakan adalah 1 biji benih : 10 pasir .

3.       Kemudian, 4 alur pada batas dibuat. Alur yang dibuat tidak perlu dalam kerana anak pokok 
         sukar  tumbuh kerana tidak dapat menolak tanah.



4.       Biji benih ditabur diatas alur-alur tersebut.

5.       Tugasan seterusnya adalah penyiraman batas. Penyiraman batas ini akan dilakukan sebanyak 
         2kali sehari iaitu pagi dan petang.

6.       Penyemaian biji benih yang terbaik ialah pada waktu petang.

7.       Selepas menyemai biji benih, penyungkupan perlu dilakukan. Sungkupan terbahagi kepada       beberapa jenis, salah satu daripadanya adalah menggunakan net.
8.       Kain net digunakan bagi menutup  batas. Jangan tutup batas betul-betul diatas permukaan           batas.



9.       Tujuan sungkupan adalah untuk mendapatkan cahaya matahari yang optimum.

10.   Apabila hujan lebat, ia dapat mengelakkan air hujan mebawa biji benih lari dan mengelakkan 
        serangan serangga.

11.   Dua jenis tanaman ditanam pada setiap batas
.
12.   Ketahanan biji benih tidak pada suhu yang tinggi. Keaktifan biji benih akan turun.

      Kumpulan batas ke-11 melakukan penanaman biji benih agak lambat dari kumpulan lain. Hal ini kerana, kami telah melakukan pengemburan pada asalnya, Tetapi, malangnya tanah batas kami agak keras yang menyebabkan pengemburan sekali lagi harus dilakukan. Setelah pengemburan kali ke2 dibuat, kami tidak sempat menanam biji benih kerana cuaca yang panas menyebabkan biji benih tidak sesuai ditanam pada masa itu. Keesokannya harinya, hujan turun dengan lebat menyebabkan kami tidak dapat pergi ke ladang . Pagi setiap hari kami mempunyai kelas dan petang pula hujan. Ini menyebabkan kesukaran dan kelemahan dari kami menguruskan masa. Ianya berterusan selama 2hari. Apabila kami ingin menanam biji benih pada hari berikutnya,, kami dapati tanah kami sudah mngeras dan terpaksa melakukan sedikit pengemburan untuk kali ketiga. Hal ini amat mengambil masa yang lama. Akhirnya, selepas tamatnya  pengembur yang terakhir , kami terus melakukan penanaman dengan melakukan kaedah alur.



Comments

Popular Posts