MINGGU KE- 5


Pada minggu ini, kami telah menjalankan 3 eksperimen bagi mengenalpasti keperluan percambahan, keadaan yang membantu biji benih bercambah dan membezakan percambahan melalui epigeal dan hipogeal. Eksperimen ini sangat menyeronokkan kerana kami dapat melihat sendiri biji benih membesar mengeluarkan akar dan daun.

EKSPERIMEN 1: KEPERLUAN PERCAMBAHAN
Tajuk :
Keperluan percambahan

Objektif :
Untuk mengenalpasti keadaan yang diperlukan untuk percambahan biji benih

Pengenalan

Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Bahan dan radas :
Bekas plastik, kapas, biji benih, air didih yang telah disejukkan




Kaedah :



Sediakan radas seperti jadual berikut :
10 biji benih dimasukkan dalam setiap radas.
Semua radas disiram/ renjis dengan air kecuali radas B2
Percambahan biji benih diperhatikan setiap hari.
Keputusan dicatatkan selepas 3 hari.

Set Pertama
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Diletakkan di atas meja dilembapkan
Air
B1
Dilembapkan dengan air seperti biasa
Oksigen
C1
Dilembapkan di dalam air yang telah dididihkan dan dibiarkan sejuk. Diletakkan di atas air.
Suhu
D1
Disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

Set Kedua
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Disimpan di dalam laci selepas dilembapkan
Air
B1
Dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C1
Dilembapkan seperti biasa dan diletakkan di atas meja
Suhu
D1
Diletakkan di atas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan

Keputusan :
Bilangan biji benih yang bercambah
Set 1
Set 2
A1
3
A2
7
B1
8
B2
0
C1
6
C2
5
D1
0
D2
8

Soalan:
1.      Mengapakah air dalam radas C1 dididihkan?
 Biji dengan kulit keras perlu dirawat untuk membolehkan air menembusinya untuk embrio membiak di dalamnya, proses ini dipanggil skarifik. Air didih  membantu air menembusi kulit keras biji benih.

2.      Apakah faktor yang menyebabkan biji benih tidak bercambah
Air. Kehadiran air penting untuk percambahan biji benih, namun adalah penting untuk 
memastikan sumber air yang berterusan; kekurangan air boleh mematikan biji benih kerana 
biji benih belum berkemampuan untuk menyimpan air sepertimana pokok dewasa.
Suhu. Suhu merujuk kepada suhu dalam tanah/media percambahan biji benih. 
Suhu yang rendah melambatkan aktiviti enzim lalu melambatkan percambahan 
biji benih manakala suhu yang telalu tinggi boleh menyah-asli enzim lalu 
merencat percambahan biji benih.
Udara. Selain air, oksigen diperlukan untuk mengaktifkan proses metabolik yang 
menukar sumber makanan didalam biji benih kepada tenaga. Oksigen boleh larut didalam air namun tidak banyak; sekiranya tanah terlalu lembap, ini akan mengurangkan keberadaan oksigen untuk biji benih lalu merencat percambahan disamping menggalakkan pertumbuhan kulat yang kadang-kala boleh mematikan anak pokok
Cahaya. Sesetengah biji benih boleh bercambah terus dibawah cahaya matahari, sesetengah biji benih memerlukan keadaan gelap baru boleh bercambah (perlu ditanam didalam medium percambahan) manakala ada sesetengah biji benih yang tidak cerewet.

3.      Apakah kesimpulan yang boleh anda buat mengenai ujikaji ini
Udara, air, cahaya dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih

4.      Kirakan peratus percambahan biji benih dalam bekas C2.
C2 =  (5/10) X 100
      = 50%



Eksperimen 2 : Mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih.

Tajuk :
Keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih

Objektif :
Untuk mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih

Pengenalan


Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih).

Bahan dan alatan :
5 unit tabung uji dan rak, biji benih kacang hijau, kapas, minyak masak dan air didih yang telah disejukkan

Kaedah:


1.      Empat tabung uji berlabel A, B, C dan D disediakan dengan kandungan seperti diatas
2.      Tabung uji A, B, C diletakkan dalam makmal. Tabung uji D diletakkan dalam peti sejuk.
3.      Biji benih diperhatikan selepas lima hari.
4.      Pemerhatian direkodkan.

Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara dan suhu
A
Kapas basah dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja
Air
B
Kapas kering dan 3 biji benih. Diletakkan di atas meja
Udara
C
Kapas basah (gunakan air yang telah dididihkan), 3 biji benih dan lapisan minyak. Diletakkan di atas meja.
Suhu
D
Kapas basah dan 3 biji benih. Disimpan di dalam peti sejuk
Cahaya
E
Kapas basah dan 3 biji benih. Simpan di tempat gelap.

Keputusan :
Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih(bercambah/tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah
B
/
/
x
/
Tidak bercambah
C
/
/
x
/
Tidak bercambah
D
/
/
/
x
Tidak bercambah
E
/
x
/
/
Bercambah

Analisis :
1.      Nyatakan ketidakhadiran bahan atau keadaan yang menyebabkan biji benih tidak bercambah.
(a)    Tabung uji B : Ketidakhadiran udara
(b)   Tabung uji C : Ketidakhadiran udara
(c)    Tabung uji D : Suhu yang tidak sesuai
(d)   Tabung uji E : Ketidakhadiran cahaya

2.      Apakah pemboleh ubah :

Dimanipulasikan   : Kehadiran air, cahaya, udara dan suhu
Dimalarkan            : Jenis biji benih
Bergerak balas      : Percambahan biji benih

3.      Apakah keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih?
Air diperlukan bagi percambahan biji benih. Percambahan tidak boleh berlaku
 kecuali benih disediakan dengan bekalan air . Air diserap oleh benih kering melalui
 Pyle mikro dan kot benih. Air melakukan beberapa fungsi semasa percambahan biji benih. 
Ia melembutkan kot benih dan menjadikannya telap. Peningkatan kebolehtelapan membolehkan 
pertukaran gas yang lebih baik. Air mengaktifkan protoplasma sel benih. Bahan makanan yang 
tidak terlarut boleh dilarutkan dengan kehadiran air yang kemudian meresap dari kawasan 
penyimpanan ke embrio. Beberapa enzim yang penting untuk pertumbuhan dan percambahan 
berkembang hanya dengan kehadiran air.
 
      Pengudaraan sangat diperlukan untuk percambahan benih kerana oksigen diperlukan 
      untuk pernafasan aerobik di mana benih mendapatkan tenaga yang diperlukan untuk 
      pertumbuhan embrio.
 
      Tumbuhan berbeza dengan kesan cahaya pada percambahan mereka. Benih tumbuhan 
      banyak tidak dipengaruhi oleh percambahan oleh kehadiran atau ketiadaan cahaya.  
      Kebanyakan tumbuhan tanaman penting tergolong dalam kategori ini. 
      
     Suhu tinggi mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan dalam pelbagai cara. Yang paling jelas    
     adalah kesan haba pada fotosintesis, di mana tumbuhan menggunakan karbon dioksida untuk 
     menghasilkan oksigen, dan pernafasan, proses yang bertentangan di mana tumbuhan 
     menggunakan oksigen untuk menghasilkan karbon dioksida. 
 
4.      Tabung uji manakah yang bertindak sebagai kawalan?
Tabung uji A. Ini kerana tabung uji A mempunyai kehadiran air, cahaya, udara dan suhu yang sesuai.

5.      Mengapakah minyak digunakan dalam tabung uji C?
Untuk mengelakkan udara masuk ke dalam tabung uji.

6.      Apakah yang tidak ditemui dalam air masak (telah didih)?
      Air masak tidak mempunyai mana-mana bakteria, virus dan kuman yang ada di dalam air. 
      Air mendidih secara berkesan membunuh bakteria, virus dan sebagainya, sambil memastikan     
      bahawa air mengekalkan galian-galian yang dibubarkan di dalamnya dan juga rasa yang 
      dihasilkan dari mineral tersebut.
 
7.      Apakah yang berlaku pada tabung uji E. Terangkan jawapan anda.
Tabung uji E tidak menerima cahaya kerana disimpan ditempat gelap. Ini kerana biji benih tidak memerlukan cahaya untuk bercambah. Namun begitu, kehadiran air, udara, suhu yang sesuai membolehkan biji benih dalam tabung uji E bercambah.

8.      Kesimpulan eksperimen ini.
Udara, air dan suhu yang sesuai diperlukan untuk percambahan biji benih



Eksperimen 3: Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Tajuk :

Percambahan Epigeal dan Hipogeal



Objektif :
Untuk membezakan percambahan epigeal dan hipogeal

Pengenalan

Percambahan epigeal adalah percambahan kotiledon keluar dari tanah disebabkan oleh 
pemanjangan hipokotil. Hipokotil adalah sebahagian daripada batang tumbuhan embrio di bawah tangkai kotiledon. Selepas muncul dari tanah, kotiledon ini dipanggil daun benih, yang menjadi fotosintetik. Daun kedua berasal dari plumul menjadi daun yang sebenar.
 
Percambahan hipogeal adalah percambahan kotiledon kekal di dalam tanah. 
Oleh itu, hipokotil pendek. Epitikol, yang merupakan kawasan tumbuhan embrio di atas kotiledon, 
tumbuh lebih lama sambil menolak plumul keluar dari tanah.
 
Radas dan Bahan:
Bikar 80 ml/ bekas plastik. Biji Benih kacang dan jagung. Peat Moss

Kaedah :
1.      Masukkan 60 ml peat moss ke dalam 2 bikar. Tandakan A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung.
2.      2 biji benih kacang disemai pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.
3.      Biji benih direnjis dengan air setiap hari.
4.      Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari
5.      Gambar percambahan biji benih dilukis setelah 5 hari
Keputusan :
Hari
Kacang Tanah
Jagung
Panjang Radikal akar (mm)
Panjang Plumul pucuk (mm)
Panjang Radikal (mm)
Panjang plumul (mm)
Biji benih 1
Biji benih 2
Biji benih 1
Biji benih 2
Biji benih 1
Biji benih 2
Biji benih 1
Biji benih 2
1
0
0
0
0
0
0
0
0
2
0
10
0
38
0
0
0
0
3
1
15
0
42
0
0
0
0
4
2
18
0
45
0
0
0
0
5
15
30
35
200
0
0
0
0
6
25
45
50
260
0
0
0
0


Analisis:
1.      Lukiskan pemerhatian anda untuk kedua-dua jenis tumbuhan





2.      Nyatakan perbezaan diantara pertumbuhan Epigeal dan Hipogeal

Epigeal
Hipogeal
percambahan tumbuhan berlaku di atas tanah

percambahan tumbuhan berlaku di bawah tanah
Kotiledon muncul dari tanah
 
Kotiledon kekal di dalam tanah.
hipokotil lama dalam tumbuhan 
Hipokotil pendek dalam tumbuhan 
Epikotil pendek dalam tumbuhan
 
Epikotil panjang dalam tumbuhan
 
Kotiledon dalam percambahan epigeal bertukar hijau dan menjalani fotosintesis
 
Kotiledon dalam percambahan hipogeal tidak mengalami fotosintesis.
Tenaga berasal dari kotiledon
Tenaga berasal dari endosperma.
3.      
Lukiskan struktur biji benih dan labelkan

4.      Apakah yang dimaksudkan embrio.
Embrio adalah sebahagian daripada benih atau tunas yang mengandungi bentuk-bentuk 
terawal akar tumbuhan, batang dan daun. Embrio berkembang selepas bunga tumbuhan
 dewasa yang disenyawakan, dan terkandung dalam benih atau tunas. Ia berfungsi sebagai 
           sejenis "kit permulaan" untuk tumbuhan: Apabila keadaan tepat untuk benih berkembang, 
           embrio 'mengaktifkan' dan mula percambahan, akhirnya menjadi anak benih ketika 
           tumbuh dari wadahnya.
 
Kesimpulannya kotiledon muncul dari tanah bagi percambahan epigeal, 
manakala bagi percambahan hipogeal, kotiledon kekal di dalam tanah

Comments

Popular Posts