Minggu Ke - 7

Pada minggu ketujuh, untuk kelas SPPL 1212 Pembiakan dan Pengurusan Tanaman, kami telah didedahkan untuk melakukan aktiviti pembiakan secara cantuman baji. Puan Salina telah memberi penerangan tentang pembiakan camtuman baji dan memberi taklimat ringkas mengenai beberapa prosedur berkaitan dengan pembiakan secara cantuman baji.

Pembiakan secara cantuman juga dinamakan sebagai pertunasan. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakit, tahan terendam air dan sebagainya. Selain itu,  pembiakan secara cantuman dapat memperbaiki sistem dahan pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan dan batang yang tercedera ataupun dahan yang mempunyai keadaan cacat. Akhir sekali, pembiakan secara cantuman sebagai salah satu alternatif yang mudah untuk membiakkan tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.

Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua kompenen yang penting iaitu pokok penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garis pusat).

Manakala, sion ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang akan dicantumkan pada pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion yang boleh bercantum ataupun tidak. Oleh itu, pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada tumbuhan-tumbuhan horikultur hiasan dan landskap.



Langkah-Langkah Cantuman Baji :

1. Penyediaan pokok penanti.

Pokok penanti yang sesuai dicantum kebiasaannya berumur 10 bulan atau 15 cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong sepanjang 8-10 cm daripada pangkal pokok dengan menggunakan pisau. Kita perlu memastikan iaitu bahagian pucuk yang tinggal mesti berwarna hijau. Kemudian, batang pokok penanti telah dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau tajam.




2. Penyediaan tunas pucuk.

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan telah dipilih sebagai sion. Dengan menggunakan pisau, pangkal pucuk dipotong berbentuk baji atau ‘v’. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Kemudian, daun-daun yang ada pada pucuk telah dikerat separuh.


3. Penyisipan pucuk ke pokok penanti

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah secara baik dan cepat supaya lapisan kambium sion bertemu dengan lapisan kambium pokok penanti. Cantuman ini diikat dengan menggunakan parafilm. Kemudian, pokok yang mencantum telah ditutup atau disekop dengan aiskrim plastik dan diikat dengan tali rafia.





Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian :

Ø Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih.

Ø Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.

Ø Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.

Ø Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata tunas menjadi kering.

Ø Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.

Ø Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar.

Ø Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.


Setelah selesai membuat pembiakan secara cantuman baji, Kami terus diarahkan untuk membuat pembiakan tampang iaitu bebawang dengan menggunakan pokok Spider Lily sebagai pokok pembiakan tampang. Secara am, pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang dibiak sekarang.

Kebaikan Pembiakan Tampang :

Boleh mendapat pokok yang seragam
Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya
Cepat berbunga atau berbuah
Boleh dibiakkan sepanjang tahun
Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa
Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

Keburukan Pembiakan Tampang :

² Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini
² Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus
² Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

Jenis-Jenis Pembiakan Tampang

A) Secara Semula Jadi :
Ø Rayapan (stolon) - Batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara mendatar di atas permukaan.

Ø Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk.

Ø Umbisi (corms) - Contoh : Gladious, abaca

Ø Rizom (rhizome) - Batang yang menjalar di bawah permukaan tanah.

Ø Tuber - Contoh : kentang, keladi

Ø Akar Tuber : Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar



Langkah-langkah pembiakan menggunakan bebawang ( Contoh tanaman : Spider Lily)

1. Pisahkan anak-anak bebawang yang tumbuh dari bebawang induk.







2. Tanam ke dalam pasu atau bekas yang telah disediakan dengan mengandungi medium penanaman iaitu Peat Moss.






3. Kemudian, letakkan di tempat yang terlindung supaya penanaman akan dibiak dalam keadaan yang sempurna.



















Comments

Popular Posts